noors
Thursday, July 12, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Rombongan Meminang
Sabtu (10/03/2012) kami anak beranak join rombongan meminang ke Kuantan. Ahli rombongan terdiri daripada anak cucu Hj Ismail saja. Rombongan meminang ni utk Fadhil (anak sedara saya) dan Wani. Keluarga kami bertolak awal sikit sebab nak singgah Jaya Gading jap..Geng lain gerak pukul 10 pagi dan berkumpul di rumah adik. Sampai di Galing jam 12.00 tengah hari di rumah Wani.
Sirih junjung pembuka bicara, kali pertama buat sirih junjung paten ni. Beberapa kali merujuk blog-blog.Ok lah hasilnya . Not bad.....
Sebahagian drpd hantaran , kemas-kemas apa yg patut, maafle atas jalan ....
Sirih junjung pembuka bicara, kali pertama buat sirih junjung paten ni. Beberapa kali merujuk blog-blog.Ok lah hasilnya . Not bad.....
Sebahagian drpd hantaran , kemas-kemas apa yg patut, maafle atas jalan ....
Inang-inang dengan 7 dulang hantaran
Sunday, March 11, 2012
Kenduri Kahwin .....
11.03.2012 - Menghadiri kenduri kahwin ex-classmate, Foziah dan pasangannya Khairudin, Selamat Pengantin Baru......
Dyna Semput Lagi......
Pagi tadi bawa Dyna ke klinik untuk dapatkan rawatan sbb semput. TQ kepada MA yang terpaksa berkhidmat pagi tadi, hari ni kan hari Ahad.......
Wednesday, February 29, 2012
Aktiviti Hari Ahad
Pukul 930 pagi pergi jengah kak long di Pekan. Sampai jam 1200 tengah hari gitu. Bawa kak long outing ke bandar Pekan saje, kalau ke Kuantan terkejor-kejor pulak nak hantar balik asrama. Shopping hanya di Mydin dan Tunas Manja.....okay la tu kan. Then makan tengah hari . Bertambah jugak ayam goreng yg sedap. Lepas makan nasi. nampak pulak cendol Hameed kat tepi sungai tu. Order cendol hahaha........kuat betul makan . Selagi ade nafsu makan, bedal ajelah..
Pintu gerbang ke Bandar Diraja Pekan
Monday, January 23, 2012
Mesin Jahit
Memang dah lama nak cari mesin jahit baru, Mesin yang ada sekarang ni brand Singer. Emak saya yang beri kira-kira 27 tahun yang lalu (TQ mak...), lama tau....Kiranya mesin ni sangat-sangat berjasa pada saya . Seronok menjahit ni, yang penting bila nak raya mesti pulun jahit baju raya anak-anak 2 pasang tiap seorang, kalau campur saya punye...jadilah 10 pasang semuanya.....fuhhh.
Hari Sabtu 21/1/12, suami ajak gi kedai mesin jahit.....jeng...jeng ...jeng , nak beli mesin baru. Mesin yg saya berkenaan ialah jenama Brother....thanks to my lovely husband. Muah.......Sekarang ni dok jahit je hari-hari.Mesin baru, gitulah..ape yang best pada mesin ni ialah bannyak corak untuk sulam dan huruf..
Inilah mesin Singer yang sangat berjasa tu, takpe saya tak akan abaikan mesin ni.....hihi
Tadaaa.....mesin baru
Rasanya dah lengkap koleksi mesin jahit ni dengan adanya mesih jahit tepi yang dibeli 5 tahun lalu......nak tengok ?
Dah cukup lengkap untuk aktiviti jahit -menjahitku..........
Sunday, January 22, 2012
Kain Sekolah Kak Long
Kain kak long yang berjaya disiapkan malam tadi.....Lusa dah nak pakai. Baju kurung tangan bercekak
tempah aje sebab tak pandai nak buat tangan macam tu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)